Thursday, July 22, 2010

LATAR TEBING TINGGI, SELAMA


Pekan Rantau Panjang terletak kira-kira 3 km dari pekan Selama. Perjalanan dari Selama ke pekan ini mengambil masa kira-kira 5 minit. Lata Tebing Tinggi terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari pekan Rantau Panjang. Tempat perkelahan ini sering menjadi tumpuan ramai sama ada penduduk tempatan dan ada juga yang datang dari luar terutamanya pada hujung minggu. Terdapat juga para pelajar dan persatuan yang mengadakan perkhemahan di sini. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah tandas, bilik persalinan, gerai makanan, tempat berehat/makan, surau dan tempat letak kenderaan yang luas.
Para pengunjung pasti akan terpesona dengan pemandangan alam sekeliling yang hijau,air terjun yang jernih dan sejuk.Selamat berkunjung ke Lata Tebing Tinggi Selama ,Perak.


No comments:

Post a Comment